jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang

Ahad, 28 Julai 2013

what da ??

what da ??? bila orang tanya ' buat apa tu ?'
pastu kita jawab , tengah kerja ?
'eh kerja apa hari minggu ni?'
*pause*

kau ingat sabtu ahad tak boleh kerja ?
kau ingat orang dalam Malaysia ni semua kerja office hour ?
kerja isnin-jumaat 8.00-5.30 ?
kau tak pikir pernah shopping complex buka hanya waktu office hour ?

pastu ada pulak yang cakap
'hek elehhhh , apa barang kerja sabtu ahad , bangla2 je kerja sabtu ahad . '
*pause*

habis yang mana kerja sabtu , ahad tu , yang ada ot , yang doctor ada emergency call , yang cikgu ada kursus atau sesiapa2 pun yang kerja sabtu ahad atau lagi hari cuti am pun tu semua dah di cop warganegara bangladesh ?

pandai kau ni
tak kiralah kerja bila masa pun ,
siang malam pagi petang ,
dan tak kiralah kerja apa pun ,
kami mencari rezeki untuk sesuap nasi ,
dan kami tidak pulak meminta pada kamu yang berwarganegara Malaysia bekerja office hour , dan selebihnya makan gaji buta ..
dah2 jangan tanya soalan tak relevan lagi
otak macam otak katak

takkan sempurna


memang lumrah manusia ,
baik atau buruk .. belum sampai kemuka pengadilan
orang keliling dah menghakimi dulu , dah memberi hukum
salah atau tidak , belakang kira ..
pejam mata tetap jugak orang tu bersalah..
memang kita perlu cari kesalahan orang ?
memang kita nak orang tu mengaku memang dia benar2 bersalah ?
lain yang herdik , lain yang hina , lain yang maki ..
ada yang nak betulkan ? mungkin takda .. bukan takda ..
sedikit , hanya mampu bercakap dalam hati
ada yang tak kisah langsung !
tapi majoriti yang suka cari kesalahan tu banyak ~
banyak sangat macam dialah hakim
arghhhhh semua belum sempurna lagi 

aku sendiri takkan sempurna 

tepuk dada tanyalah hati ..

Rabu, 18 Julai 2012

Kaedah terkini untuk belajar & menghayati Al-Quran

Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka.
Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:
1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.
2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.
3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.
Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.
Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini.  Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
Dapatkan maklumat lanjut di sini:
-->> my Quran digital

undang2 pelik dipelbagai negara




Thailand

Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


Filipina

Untuk mengurangi kesesakan lalu lintas di bandar Manila, ditetapkan bahwa :Kendaraan bernombor akhir 1 atau 2 tidak diizinkan beroperasi di hari isnin. Sedangkan angka 3 & 4 tidak boleh beroperasi di hari Selasa, 5 & 6 tidak boleh beroperasi di hari Rabu, 7 & 8 tidak boleh beroperasi di hari Kamis, 9 & 0 tidak boleh beroperasi di hari Jumat. Peraturan ini berlaku sejak pukul 07.00 pagi setiap harinya.


Swiss

a.Dilarang berkebun di hari ahad.b.Walau warga Swiss dilarang menjual, membeli, menyeludup dan memproduksi minuman beralkohol, tapi mereka diizinkan untuk mengambilnya (meminum).


Sweden

Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi / izin dari kerajaan.


Korea Selatan

Para polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang mereka tahan.
Singapura

a.Dilarang menjual gula-gula getah di Singapura.b.Dilarang berjalan dalam keadaan bogel.c.Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dapat dikenakan denda.d.Jika Anda tertangkap basah meludah sebanyak 3X, Anda diwajibkan membersihkan jalan di hari ahad dengan tulisan di dada “I am a Litterer” (Saya seorang Peludah).e.Dilarang kencing di dalam lift / elevator.


United Kingdom

a.Dilarang menjual sayuran di hari ahad (kecuali carrot).b.Wanita dilarang makan coklat di tempat awam.c.Mengambil barang yang dibuang, dapat diancam hukuman pengganas.




Mexico

a.Wanita yang bekerja di pejabat kerajaan dilarang mengenakan mini skirt atau pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.b.Dilarang memaki di tempat awam.


Itali

a.lelaki yang mengenakan mini skirt di tempat awam dikenakan hukuman kurungan.b.Memukul orang dengan tangan dikenakan hukuman penganiayaan. Tapi memukul orang dengan meja dan kerusi dapat dianggap membela diri.


Australia

a.kanak-kanak berusia di atas 18 tahun (dibawah 21) dilarang membeli rokok, tapi diizinkan merokok.b.Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.c.Hanya Petugas Letrik bertauliah yang boleh mengganti lampu rumah.d.Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari ahad.



Yunani

Dilarang mengenakan topi di stadium , karena dapat mengganggu pandangan orang lain.


China

Hanya anak cerdas yang boleh kuliah di university (dan ini harus boleh dibuktikan dengan ijazah ujian Negara yang diterimanya). 



Kanada 

a.Dilarang menampal plaster luka di tempat umum.b.Dilarang menyiram tananam di kebun waktu sedang hujan.c.Dilarang memanjat pokok.d.Dilarang kencing di semua tempat di Kanada (kecuali toilet rumah Anda sendiri).


Perancis

a.Dilarang berciuman di kereta api bawah tanah.b.Dilarang menama kan babi peliharaan dengan nama “Napoleon”.


Israel

a.Dilarang memelihara babi di tanah Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.b.Dilarang bising di hari Sabat (Sabtu / ahad).c.Dilarang naik basikal, kecuali memiliki izin mengendarai basikal.


Amerika

1.Arizonaa.kerajaan negeri Arizona melarang para pemburu melakukan aktiviti memburu unta di Arizona.b.Dilarang meniru gaya Paderi gereja tempatan.c.Dilarang mengendarai kereta tanpa kasut.d.Dilarang bermain domino di hari ahad.e.Dilarang memakai misai palsu di gereja.f.Hukuman mati bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.g.Dilarang mengendarai kereta dengan mata tertutup.


2.Alaska

a.Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.b.Dilarang mengikat anjing peliharaan di atas kap / atap kereta.c.Dilarang memberi minum bir pada rusa.d.Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.


3.Arkansas

a.lelaki diizinkan memukul istrinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.b.Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.c.lelaki dan wanita yang saling menggoda di tengah jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.d.Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama setelah lewat jam 1 tengah hari di hari ahad.


4.California

a.Binatang peliharaan dilarang dibiarkan melakukan sex di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.b.Wanita dilarang memandu kereta mengenakan lingerie.c.Pemandu dilarang memecut kereta di jalan.d.Dilarang berbasikal di kolam renang.e.Dilarang mengenakan kasut but koboi, kecuali Anda memelihara lembu sekurang-kurang 2 ekor.f.Dilarang memelihara binatang berwarna hijau dan berbau busuk.g.Dilarang bermain bowling di laluan pejalan kaki.


5.Coloradoa.Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kendaraan Anda ditahan olehnya.b.Dilarang mendirikan bangunan di tengah jalan.


6.Connecticut

a.Dilarang mengendarai basikal dengan kecepatan lebih dari 90 km / jam.b.lelaki dilarang mencium istrinya di hari ahad.c.kereta pemadam kebakaran (bomba) tidak diizinkan memecut lebih dari 40 km / jam, walau sedang menuju ke tempat kebakarang sekalipun.d. Penata rias / kecantikan dilarang bersiul ataupun bernyanyi saat melayan pelanggan.


7.Florida

a.Denda akan diberikan pada wanita yang tertidur ketika rambutnya di-hair dryer, kecuali dia adalah pemilik salon.b.Dilarang bernyanyi di depan orang awam sambil mengenakan pakaian renang.c.Dilarang kentut di tempat awam setelah jam 6 petang.d.Dilarang memecahkan pinggan dan gelas lebih dari 3 buah sehari.


8.New York

a.Dilarang menyapa orang sambil korek telinga.b.Dilarang menggunakan selipar setelah lewat jam 10 malam.c.lelaki dilarang keluar dengan mengenakan jaket dan seluar yang tak sepadan.d.lelaki dilarang keluar rumah tanpa baju,(FYI : Ini adalah undang-undang tertua di New York karena telah dikuatkuasakan sejak tahun 1900.)e.Dilarang menghirup sup.f.Dilarang makan sambil berenang di lautan.


9.Washington

a.Dilarang menyusui anak di tempat awam.b.Dilarang menari dan minum di waktu bersamaan.


cikgu dulu-dulu vs cikgu sekarang

cikgu dulu-duluboleh rotan anak murid untuk mendidik cikgu sekarangbaru angkat rotan dah kena jerit 


cikgu dulu-dulukalau merotan pelajar tak berani nak bagitau kat mak bapak pasal takut kena belasah dek mak bapak cikgu sekarangkalau merotan pelajar tu pulak pergi mengadu kat mak bapak supaya dorang serng cikgu kat sekolah


cikgu dulu-duludulu nak jadi cikgu setakat lulusan SRP atau SPM pun dah boleh mengajarcikgu sekarangkelayakan SRP atau SPM nak jadi tukang kebun pun belum tentu boleh dapat


cikgu dulu-dulukalau cikgu marah anak-anak murid dorang tak akan amik hati dan akan tetap kat cikgu dorangcikgu sekarangkalau cikgu marah anak-anak murid  dorang akan berang dan berdendam.sah2 lepas tu abis segala harta benda cikgu jahanam dikerjakan dorang

nampak hebat bila . . dan sebenarnya musibat bila . .

nampak hebat bilaseorang lelaki tu ajak kita keluar makan (dalam hati wahhh seronoknya! DIa ajak kita keluar makan)dan sebenarnya musibat biladia ajak kita keluar makan ! ajak saja ~ tapi yang belanja tu kita lah ! puihh 




nampak hebat bila berpakaian kemas , berkereta besar dan mewah , usha awek dengan kereta ( bangga ada kereta besar )dan sebenarnya musibat biladia menunjuk semata2 yang kereta tu bukan beliau punya ~~ sedangkan kereta itu boss beliau punya . beliau hanya seorang pemandu 




nampak hebat bila berpakaian sexy , bertubuh badan menggiurkan , boleh buat semua lelaki tergodadan sebenarnya musibat bilayang sexy , betubuh badan menggiurkan tu jantan ! pondan ~~ aishh




nampak hebat bila pakai gelang tangan berkerat2 sampai tak cukup lengan , rantai sampai cecah lantai , uih berjalan kat depan orang ramai lagi2 kenduri ~ kilau2  macam dia sorang je adadan sebenarnya musibat bilaalahai ghopenye lah meminjam je ~~ dengan mak atau mak mertua :D




nampak hebat bila buat majlis pertunangan besar2 , baru bertunang . ehh~~ 3bulan sebelum bertunang dah bagitau jiran2 anak nak bertunang dan sebenarnya musibat bilabelum sampai sebulan ikatan pertunangan~ dengar2 dah putus . tengok2 kat fb perempuannya dok bergambar dengan lelaki lain ~ haihh . nasib lah

segmen aku kebosanan : tanda2 orang kemaruk nak kahwin :)

assalamualaikum wbt ~  


PERINGATAN ! SILA BACA YANG NAK BACA ~ TAKNAK BACA SUDAH .. INI HANYALAH HASIL KAJIAN AKU MEREPEK DAN MERAPU :) memandangkan ramai yang sedang berpacaran  ~ tak kiralah muda , tua ~ umur dah sedekad pun masih bercinta .. tak sahlah! mesti dalam konteks perbualan polan2 ini sedikit banyak ada cerita pasal kahwinkan! yelah ! syoknyaaaa bercinta ~ sampai ke bulan ke bintang dah pergi .. apa lagi ke arah jinjang pelamin :)semestinya !!btw , untunglah yang betul2 sampai ke jinjang pelamin .. di doakan agar kekal sehingga anak cucu. ada beberapa situasi atau tanda yang menyakinkan aku orang2 seperti ini kemaruk nak berkahwin .. zzzz 

#1 : bila tengok orang buat majlis kahwin atau sedang menghadiri majlis kahwin .. si wanita berbisik kepada teman lelakinya ' pssst b .. nanti kalau kita kahwinkan b kan kita buat lagi grand dari majlis mereka heh b ~ kalau boleh nak buat majlis kita tu ala2 dalam taman .. mesti meriahkan b ' ingatkan takdelah responsnya ! ehh ! ada pulak tu .. si lelaki ni membalas  ' ehh ~ boleh juga tu sayang .. seronokkan .. eeee tak sabarnya .. ' ( sabo jelah )
 



#2 : sedang berjalan2 di shopping complex .. terlihat adanya pasangan suami isteri sedang membawa anak mereka yang sangat comel .. si wanita bertanya ' b ohh b .. b nak tak ada baby macam tu ? comelkan b .. kalau kita kahwin ada anak mesti anak kita comel macam tu kan .. yelah kita je dah comel .. apa lagi anak kita kan ? ' si lelaki pula ' mestilah anak2 kita semuanya comel .. kalau boleh taknak lah sorang dua je .. b nak sepasukan bola sepak ye sayang .. hikhik ' ( punohhh ! ) :) 





#3 : masih dalam perancangan untuk membina 'anak2' .. tak puas lagi tu .. belum kahwin pun lagi dah sebok nak letak nama anak bagai .. ' b kalau anak lelaki b nak letak nama apa heh ? sayang nak letak nama macam pemain bola sepaklah .. anak perempuan nak letak nama bunga .. bolehkan b ? si lelaki menjawab ' haaa ikutlah .. tapi nama yang camni sesuai .. kalau lelaki rossi .. 'eh napa pulak rossi ?' lantas lelaki membalas ' alaa macam valentino rossi tu .. kalau perempuan lak kita letak lah rossa nak ? (sambil menyanyikan lagu rossa ) kahkahkah ..  





#4 : pergi berbulan madu ! aishhh .. pakcik dan makcik gf/bf ni .. kahwin tak lagi .. dah cerita pasal bulan madu .. 'b b nanti kita honeymoon p tempat yang romantik nak .. bestkan .. kita dua je :) ' 'haahlah sayang .. mestilah kita dua je .. takkan nak bawak orang kampun dan sekalian alam ? 





#5 : yang wanita dok berangan nak jadi surirumah tangga ' b b .. nanti bila dah kahwinkan sayang dok rumah tunggu b balik kerjakan b .. sayang masak untuk b .. ha masa tu b kena balik makan kat rumah tau .. kalau tak .. ' 'ye ye .. mestilah b balik .. sayangkan masak semua sedap ' sayang sangat kat sayanglah ' untung siapa amik sayang jadi bini kan '  





#6 : mula mengamalkan hidup berkongsi .. semuanya nak berkongsi .. saya punya awak punya jugak! .. beli barang semua nak ada share ..  apa yang lelaki tu nak beli .. mesti kena minta persetujuan wanita .. sama jugalah si wanita itu .. :) tapi bukan kongsi kasih dengan orang lain ! naya tu !  







#7 : haaaaa ni lagilah .. time raya tetiba pulakkan betul2 macam orang dah lama kahwinlah ! yang wanitanya ' b b nantilah kan .. bila kita dah kahwin nanti .. time raya balik rumah mak sayang dulu heh b .. lepas tu baru balik rumah mak b .. boleh b ? lelaki jawab ' eh tak adil la macam tu .. kita gilir2kan bolehkan sayang .. :) ( cannot go lah ! ) kekekeke 





#8 : mungkin yang ini masing2 dah ada sikap kontrol mengontrol ~ yang wanita tak boleh buat sesuka hati .. lelaki pun samalah ~ sentiasa di awasi ! nak pergi tandas pun .. kena bagitau gak tu .. kalau yang dok jauh .. sms bagitau .. janji hati masing2 tak bimbang ! :) 





#9 : yang lelaki dok sebok tanya hantaran pihak wanita .. yang wanita dok sebok letak harga tinggi2 .. main tawar menawar .. adehhh .. kronik ! 



haa inilah sedikit sebanyak yang dapat aku kaji maaflah jika ada sesiapa yang terasa aku buat hanya sebagai hiburan .. takde kena mengena dengan sesiapa~ kita semuanya sama :)PEACE