jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang

Rabu, 18 Julai 2012

Kaedah terkini untuk belajar & menghayati Al-Quran

Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka.
Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:
1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.
2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.
3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.
Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.
Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini.  Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
Dapatkan maklumat lanjut di sini:
-->> my Quran digital

undang2 pelik dipelbagai negara




Thailand

Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


Filipina

Untuk mengurangi kesesakan lalu lintas di bandar Manila, ditetapkan bahwa :Kendaraan bernombor akhir 1 atau 2 tidak diizinkan beroperasi di hari isnin. Sedangkan angka 3 & 4 tidak boleh beroperasi di hari Selasa, 5 & 6 tidak boleh beroperasi di hari Rabu, 7 & 8 tidak boleh beroperasi di hari Kamis, 9 & 0 tidak boleh beroperasi di hari Jumat. Peraturan ini berlaku sejak pukul 07.00 pagi setiap harinya.


Swiss

a.Dilarang berkebun di hari ahad.b.Walau warga Swiss dilarang menjual, membeli, menyeludup dan memproduksi minuman beralkohol, tapi mereka diizinkan untuk mengambilnya (meminum).


Sweden

Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi / izin dari kerajaan.


Korea Selatan

Para polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang mereka tahan.
Singapura

a.Dilarang menjual gula-gula getah di Singapura.b.Dilarang berjalan dalam keadaan bogel.c.Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dapat dikenakan denda.d.Jika Anda tertangkap basah meludah sebanyak 3X, Anda diwajibkan membersihkan jalan di hari ahad dengan tulisan di dada “I am a Litterer” (Saya seorang Peludah).e.Dilarang kencing di dalam lift / elevator.


United Kingdom

a.Dilarang menjual sayuran di hari ahad (kecuali carrot).b.Wanita dilarang makan coklat di tempat awam.c.Mengambil barang yang dibuang, dapat diancam hukuman pengganas.




Mexico

a.Wanita yang bekerja di pejabat kerajaan dilarang mengenakan mini skirt atau pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.b.Dilarang memaki di tempat awam.


Itali

a.lelaki yang mengenakan mini skirt di tempat awam dikenakan hukuman kurungan.b.Memukul orang dengan tangan dikenakan hukuman penganiayaan. Tapi memukul orang dengan meja dan kerusi dapat dianggap membela diri.


Australia

a.kanak-kanak berusia di atas 18 tahun (dibawah 21) dilarang membeli rokok, tapi diizinkan merokok.b.Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.c.Hanya Petugas Letrik bertauliah yang boleh mengganti lampu rumah.d.Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari ahad.



Yunani

Dilarang mengenakan topi di stadium , karena dapat mengganggu pandangan orang lain.


China

Hanya anak cerdas yang boleh kuliah di university (dan ini harus boleh dibuktikan dengan ijazah ujian Negara yang diterimanya). 



Kanada 

a.Dilarang menampal plaster luka di tempat umum.b.Dilarang menyiram tananam di kebun waktu sedang hujan.c.Dilarang memanjat pokok.d.Dilarang kencing di semua tempat di Kanada (kecuali toilet rumah Anda sendiri).


Perancis

a.Dilarang berciuman di kereta api bawah tanah.b.Dilarang menama kan babi peliharaan dengan nama “Napoleon”.


Israel

a.Dilarang memelihara babi di tanah Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.b.Dilarang bising di hari Sabat (Sabtu / ahad).c.Dilarang naik basikal, kecuali memiliki izin mengendarai basikal.


Amerika

1.Arizonaa.kerajaan negeri Arizona melarang para pemburu melakukan aktiviti memburu unta di Arizona.b.Dilarang meniru gaya Paderi gereja tempatan.c.Dilarang mengendarai kereta tanpa kasut.d.Dilarang bermain domino di hari ahad.e.Dilarang memakai misai palsu di gereja.f.Hukuman mati bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.g.Dilarang mengendarai kereta dengan mata tertutup.


2.Alaska

a.Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.b.Dilarang mengikat anjing peliharaan di atas kap / atap kereta.c.Dilarang memberi minum bir pada rusa.d.Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.


3.Arkansas

a.lelaki diizinkan memukul istrinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.b.Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.c.lelaki dan wanita yang saling menggoda di tengah jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.d.Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama setelah lewat jam 1 tengah hari di hari ahad.


4.California

a.Binatang peliharaan dilarang dibiarkan melakukan sex di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.b.Wanita dilarang memandu kereta mengenakan lingerie.c.Pemandu dilarang memecut kereta di jalan.d.Dilarang berbasikal di kolam renang.e.Dilarang mengenakan kasut but koboi, kecuali Anda memelihara lembu sekurang-kurang 2 ekor.f.Dilarang memelihara binatang berwarna hijau dan berbau busuk.g.Dilarang bermain bowling di laluan pejalan kaki.


5.Coloradoa.Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kendaraan Anda ditahan olehnya.b.Dilarang mendirikan bangunan di tengah jalan.


6.Connecticut

a.Dilarang mengendarai basikal dengan kecepatan lebih dari 90 km / jam.b.lelaki dilarang mencium istrinya di hari ahad.c.kereta pemadam kebakaran (bomba) tidak diizinkan memecut lebih dari 40 km / jam, walau sedang menuju ke tempat kebakarang sekalipun.d. Penata rias / kecantikan dilarang bersiul ataupun bernyanyi saat melayan pelanggan.


7.Florida

a.Denda akan diberikan pada wanita yang tertidur ketika rambutnya di-hair dryer, kecuali dia adalah pemilik salon.b.Dilarang bernyanyi di depan orang awam sambil mengenakan pakaian renang.c.Dilarang kentut di tempat awam setelah jam 6 petang.d.Dilarang memecahkan pinggan dan gelas lebih dari 3 buah sehari.


8.New York

a.Dilarang menyapa orang sambil korek telinga.b.Dilarang menggunakan selipar setelah lewat jam 10 malam.c.lelaki dilarang keluar dengan mengenakan jaket dan seluar yang tak sepadan.d.lelaki dilarang keluar rumah tanpa baju,(FYI : Ini adalah undang-undang tertua di New York karena telah dikuatkuasakan sejak tahun 1900.)e.Dilarang menghirup sup.f.Dilarang makan sambil berenang di lautan.


9.Washington

a.Dilarang menyusui anak di tempat awam.b.Dilarang menari dan minum di waktu bersamaan.


cikgu dulu-dulu vs cikgu sekarang

cikgu dulu-duluboleh rotan anak murid untuk mendidik cikgu sekarangbaru angkat rotan dah kena jerit 


cikgu dulu-dulukalau merotan pelajar tak berani nak bagitau kat mak bapak pasal takut kena belasah dek mak bapak cikgu sekarangkalau merotan pelajar tu pulak pergi mengadu kat mak bapak supaya dorang serng cikgu kat sekolah


cikgu dulu-duludulu nak jadi cikgu setakat lulusan SRP atau SPM pun dah boleh mengajarcikgu sekarangkelayakan SRP atau SPM nak jadi tukang kebun pun belum tentu boleh dapat


cikgu dulu-dulukalau cikgu marah anak-anak murid dorang tak akan amik hati dan akan tetap kat cikgu dorangcikgu sekarangkalau cikgu marah anak-anak murid  dorang akan berang dan berdendam.sah2 lepas tu abis segala harta benda cikgu jahanam dikerjakan dorang

nampak hebat bila . . dan sebenarnya musibat bila . .

nampak hebat bilaseorang lelaki tu ajak kita keluar makan (dalam hati wahhh seronoknya! DIa ajak kita keluar makan)dan sebenarnya musibat biladia ajak kita keluar makan ! ajak saja ~ tapi yang belanja tu kita lah ! puihh 




nampak hebat bila berpakaian kemas , berkereta besar dan mewah , usha awek dengan kereta ( bangga ada kereta besar )dan sebenarnya musibat biladia menunjuk semata2 yang kereta tu bukan beliau punya ~~ sedangkan kereta itu boss beliau punya . beliau hanya seorang pemandu 




nampak hebat bila berpakaian sexy , bertubuh badan menggiurkan , boleh buat semua lelaki tergodadan sebenarnya musibat bilayang sexy , betubuh badan menggiurkan tu jantan ! pondan ~~ aishh




nampak hebat bila pakai gelang tangan berkerat2 sampai tak cukup lengan , rantai sampai cecah lantai , uih berjalan kat depan orang ramai lagi2 kenduri ~ kilau2  macam dia sorang je adadan sebenarnya musibat bilaalahai ghopenye lah meminjam je ~~ dengan mak atau mak mertua :D




nampak hebat bila buat majlis pertunangan besar2 , baru bertunang . ehh~~ 3bulan sebelum bertunang dah bagitau jiran2 anak nak bertunang dan sebenarnya musibat bilabelum sampai sebulan ikatan pertunangan~ dengar2 dah putus . tengok2 kat fb perempuannya dok bergambar dengan lelaki lain ~ haihh . nasib lah

segmen aku kebosanan : tanda2 orang kemaruk nak kahwin :)

assalamualaikum wbt ~  


PERINGATAN ! SILA BACA YANG NAK BACA ~ TAKNAK BACA SUDAH .. INI HANYALAH HASIL KAJIAN AKU MEREPEK DAN MERAPU :) memandangkan ramai yang sedang berpacaran  ~ tak kiralah muda , tua ~ umur dah sedekad pun masih bercinta .. tak sahlah! mesti dalam konteks perbualan polan2 ini sedikit banyak ada cerita pasal kahwinkan! yelah ! syoknyaaaa bercinta ~ sampai ke bulan ke bintang dah pergi .. apa lagi ke arah jinjang pelamin :)semestinya !!btw , untunglah yang betul2 sampai ke jinjang pelamin .. di doakan agar kekal sehingga anak cucu. ada beberapa situasi atau tanda yang menyakinkan aku orang2 seperti ini kemaruk nak berkahwin .. zzzz 

#1 : bila tengok orang buat majlis kahwin atau sedang menghadiri majlis kahwin .. si wanita berbisik kepada teman lelakinya ' pssst b .. nanti kalau kita kahwinkan b kan kita buat lagi grand dari majlis mereka heh b ~ kalau boleh nak buat majlis kita tu ala2 dalam taman .. mesti meriahkan b ' ingatkan takdelah responsnya ! ehh ! ada pulak tu .. si lelaki ni membalas  ' ehh ~ boleh juga tu sayang .. seronokkan .. eeee tak sabarnya .. ' ( sabo jelah )
 



#2 : sedang berjalan2 di shopping complex .. terlihat adanya pasangan suami isteri sedang membawa anak mereka yang sangat comel .. si wanita bertanya ' b ohh b .. b nak tak ada baby macam tu ? comelkan b .. kalau kita kahwin ada anak mesti anak kita comel macam tu kan .. yelah kita je dah comel .. apa lagi anak kita kan ? ' si lelaki pula ' mestilah anak2 kita semuanya comel .. kalau boleh taknak lah sorang dua je .. b nak sepasukan bola sepak ye sayang .. hikhik ' ( punohhh ! ) :) 





#3 : masih dalam perancangan untuk membina 'anak2' .. tak puas lagi tu .. belum kahwin pun lagi dah sebok nak letak nama anak bagai .. ' b kalau anak lelaki b nak letak nama apa heh ? sayang nak letak nama macam pemain bola sepaklah .. anak perempuan nak letak nama bunga .. bolehkan b ? si lelaki menjawab ' haaa ikutlah .. tapi nama yang camni sesuai .. kalau lelaki rossi .. 'eh napa pulak rossi ?' lantas lelaki membalas ' alaa macam valentino rossi tu .. kalau perempuan lak kita letak lah rossa nak ? (sambil menyanyikan lagu rossa ) kahkahkah ..  





#4 : pergi berbulan madu ! aishhh .. pakcik dan makcik gf/bf ni .. kahwin tak lagi .. dah cerita pasal bulan madu .. 'b b nanti kita honeymoon p tempat yang romantik nak .. bestkan .. kita dua je :) ' 'haahlah sayang .. mestilah kita dua je .. takkan nak bawak orang kampun dan sekalian alam ? 





#5 : yang wanita dok berangan nak jadi surirumah tangga ' b b .. nanti bila dah kahwinkan sayang dok rumah tunggu b balik kerjakan b .. sayang masak untuk b .. ha masa tu b kena balik makan kat rumah tau .. kalau tak .. ' 'ye ye .. mestilah b balik .. sayangkan masak semua sedap ' sayang sangat kat sayanglah ' untung siapa amik sayang jadi bini kan '  





#6 : mula mengamalkan hidup berkongsi .. semuanya nak berkongsi .. saya punya awak punya jugak! .. beli barang semua nak ada share ..  apa yang lelaki tu nak beli .. mesti kena minta persetujuan wanita .. sama jugalah si wanita itu .. :) tapi bukan kongsi kasih dengan orang lain ! naya tu !  







#7 : haaaaa ni lagilah .. time raya tetiba pulakkan betul2 macam orang dah lama kahwinlah ! yang wanitanya ' b b nantilah kan .. bila kita dah kahwin nanti .. time raya balik rumah mak sayang dulu heh b .. lepas tu baru balik rumah mak b .. boleh b ? lelaki jawab ' eh tak adil la macam tu .. kita gilir2kan bolehkan sayang .. :) ( cannot go lah ! ) kekekeke 





#8 : mungkin yang ini masing2 dah ada sikap kontrol mengontrol ~ yang wanita tak boleh buat sesuka hati .. lelaki pun samalah ~ sentiasa di awasi ! nak pergi tandas pun .. kena bagitau gak tu .. kalau yang dok jauh .. sms bagitau .. janji hati masing2 tak bimbang ! :) 





#9 : yang lelaki dok sebok tanya hantaran pihak wanita .. yang wanita dok sebok letak harga tinggi2 .. main tawar menawar .. adehhh .. kronik ! 



haa inilah sedikit sebanyak yang dapat aku kaji maaflah jika ada sesiapa yang terasa aku buat hanya sebagai hiburan .. takde kena mengena dengan sesiapa~ kita semuanya sama :)PEACE 

Isnin, 4 Jun 2012

my cute buddies :)

saja nak tagging kawan2 aku yang comel2

                   cik kathy
                   cik ecak
                   cik ziema
                   cik sheda
                   puan dettol
                   cik temah
                   cik ayna
                  cik fara yo
                  puan anis
ops ~ ada 2 orang dah jadi mami budak .. yang lain tu bila lagi ?? :)

bengang atau tak ???

assalamualaikum wbt ~
huhayy ~~

Macam lama tak post entry .. aku nak post satu entry satu bulan .. takpun satu tahun .. hahahah
tajuk post kali ni 'BENGANG' .. semua mesti pernah kena situasi macam ni kan ? bengang dengan macam2 keadaan.bengang dengan kawan,bengang dengan family,bengang dengan diri sendiri kadang-kadang dengan harta benda pun pernah .. biasalah ! manusia .. tapi aku nak cerita dan nak kongsilah..agak2 korang pernah bengang tak dengan boyfriend korang ? atau tunang ? atau suami ? bengang sebab mereka2 tu semua mengongkong kehidupan kita ?kalau suami mungkinlah .. macam mana pulak dengan boyfriend ? satu contoh kongkonganlah .. mereka tu tak bagi kita dok online facebook .. yela mereka takut kita ni curang belakang kita kan ..ha macam mana ? bengang ? tak payah nak bengang2 sangat kot .. mungkin dia sedang menjaga perhubungan ? ye !

Sabtu, 5 Mei 2012

shopping online yang menipu VS tak menipu

huhay !
assalamualaikum wbt
boring2 kat pat keje ni .. saje nak mengomel2 sikit , entry aku yang pertama ni .. aku nak ceritakan pasal shopping online .. korang bukan tak pernahkan shopping onlinekan ?Sekarang ni lelaki ke perempuan , makcik2 pakcik2 semua sibuk shopping cara yang macam ni .. cara yang senang , nak shopping dok depan skrin monitor je .. pilih2 barang yang kita nak , bank in duit .. tunggu barang sampai ! NAMPAK SANGAT kan semuanya pemalas ~~ nak shopping pun dah tak boleh nak berjalan .. tapi efektif jugaklah shopping secara online ni .. busy2 pun boleh jugak kita bershopping sakan :)
TETAPI ! tetapinya pulaklah pun , TAK SEMUA shoppe2 kat online ni , amanah , jujur dan cekap ! tak semua deknon .. tengok je luahan shopper2 yang kena tipu dalam ni KAMI-BENCI-ONLINE-SHOP-YANG-TIPU-MAKAN-DUIT-HARAM
NAHHH ! kesiankan ~ ada yang sampai beribu2 .. ada pulak yang dapat barang , tapi barang tu tak semenggah :( HAISHH ape lah nak jadi dengan mereka tu kan ? makan duit haramlah jawabnya .. lama2 tau2 membusut je perut tu !
EHH EHH , aku pun ada gak shopping online ni .. baru 1st time la kiranya .. ALHAMDULILLAH .. Nasib si penjual online tu tak tipu aku ! so aku boleh percaya dan boleh lagi beli barang dengan dia :) ..
Weh !! takut jugak tau .. mane tak , kita dah buat pembayarankan .. tapi takpelah .. kita sebagai pelanggan boleh pe alert penjual tu , yelah .. kalau kena tipu .. kita jugak yang rugi kan kan kan :) .. hahaha

Rabu, 25 April 2012

testing yang ke beribu kali ! HAHAH :)

assalamualaikum wbt semua :)

TAK PAYAH nak TESTING2 sangatlah kan .. hihihih .. yelah .. buat 1 entry je aku delete kononnya testing2 .. APTB :P
sebenarnya tak tau seyy nak type apa .. bukan newbie sebagai blogger , renew saja ! semua content2 entry dulu dok buang heheh .. :)
apa pun saya seorang gadis yang agak sunti , akan sentiasa mengomel di sini .. insyaAllah :)