jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang

Rabu, 18 Julai 2012

segmen aku kebosanan : tanda2 orang kemaruk nak kahwin :)

assalamualaikum wbt ~  


PERINGATAN ! SILA BACA YANG NAK BACA ~ TAKNAK BACA SUDAH .. INI HANYALAH HASIL KAJIAN AKU MEREPEK DAN MERAPU :) memandangkan ramai yang sedang berpacaran  ~ tak kiralah muda , tua ~ umur dah sedekad pun masih bercinta .. tak sahlah! mesti dalam konteks perbualan polan2 ini sedikit banyak ada cerita pasal kahwinkan! yelah ! syoknyaaaa bercinta ~ sampai ke bulan ke bintang dah pergi .. apa lagi ke arah jinjang pelamin :)semestinya !!btw , untunglah yang betul2 sampai ke jinjang pelamin .. di doakan agar kekal sehingga anak cucu. ada beberapa situasi atau tanda yang menyakinkan aku orang2 seperti ini kemaruk nak berkahwin .. zzzz 

#1 : bila tengok orang buat majlis kahwin atau sedang menghadiri majlis kahwin .. si wanita berbisik kepada teman lelakinya ' pssst b .. nanti kalau kita kahwinkan b kan kita buat lagi grand dari majlis mereka heh b ~ kalau boleh nak buat majlis kita tu ala2 dalam taman .. mesti meriahkan b ' ingatkan takdelah responsnya ! ehh ! ada pulak tu .. si lelaki ni membalas  ' ehh ~ boleh juga tu sayang .. seronokkan .. eeee tak sabarnya .. ' ( sabo jelah )
 



#2 : sedang berjalan2 di shopping complex .. terlihat adanya pasangan suami isteri sedang membawa anak mereka yang sangat comel .. si wanita bertanya ' b ohh b .. b nak tak ada baby macam tu ? comelkan b .. kalau kita kahwin ada anak mesti anak kita comel macam tu kan .. yelah kita je dah comel .. apa lagi anak kita kan ? ' si lelaki pula ' mestilah anak2 kita semuanya comel .. kalau boleh taknak lah sorang dua je .. b nak sepasukan bola sepak ye sayang .. hikhik ' ( punohhh ! ) :) 





#3 : masih dalam perancangan untuk membina 'anak2' .. tak puas lagi tu .. belum kahwin pun lagi dah sebok nak letak nama anak bagai .. ' b kalau anak lelaki b nak letak nama apa heh ? sayang nak letak nama macam pemain bola sepaklah .. anak perempuan nak letak nama bunga .. bolehkan b ? si lelaki menjawab ' haaa ikutlah .. tapi nama yang camni sesuai .. kalau lelaki rossi .. 'eh napa pulak rossi ?' lantas lelaki membalas ' alaa macam valentino rossi tu .. kalau perempuan lak kita letak lah rossa nak ? (sambil menyanyikan lagu rossa ) kahkahkah ..  





#4 : pergi berbulan madu ! aishhh .. pakcik dan makcik gf/bf ni .. kahwin tak lagi .. dah cerita pasal bulan madu .. 'b b nanti kita honeymoon p tempat yang romantik nak .. bestkan .. kita dua je :) ' 'haahlah sayang .. mestilah kita dua je .. takkan nak bawak orang kampun dan sekalian alam ? 





#5 : yang wanita dok berangan nak jadi surirumah tangga ' b b .. nanti bila dah kahwinkan sayang dok rumah tunggu b balik kerjakan b .. sayang masak untuk b .. ha masa tu b kena balik makan kat rumah tau .. kalau tak .. ' 'ye ye .. mestilah b balik .. sayangkan masak semua sedap ' sayang sangat kat sayanglah ' untung siapa amik sayang jadi bini kan '  





#6 : mula mengamalkan hidup berkongsi .. semuanya nak berkongsi .. saya punya awak punya jugak! .. beli barang semua nak ada share ..  apa yang lelaki tu nak beli .. mesti kena minta persetujuan wanita .. sama jugalah si wanita itu .. :) tapi bukan kongsi kasih dengan orang lain ! naya tu !  







#7 : haaaaa ni lagilah .. time raya tetiba pulakkan betul2 macam orang dah lama kahwinlah ! yang wanitanya ' b b nantilah kan .. bila kita dah kahwin nanti .. time raya balik rumah mak sayang dulu heh b .. lepas tu baru balik rumah mak b .. boleh b ? lelaki jawab ' eh tak adil la macam tu .. kita gilir2kan bolehkan sayang .. :) ( cannot go lah ! ) kekekeke 





#8 : mungkin yang ini masing2 dah ada sikap kontrol mengontrol ~ yang wanita tak boleh buat sesuka hati .. lelaki pun samalah ~ sentiasa di awasi ! nak pergi tandas pun .. kena bagitau gak tu .. kalau yang dok jauh .. sms bagitau .. janji hati masing2 tak bimbang ! :) 





#9 : yang lelaki dok sebok tanya hantaran pihak wanita .. yang wanita dok sebok letak harga tinggi2 .. main tawar menawar .. adehhh .. kronik ! 



haa inilah sedikit sebanyak yang dapat aku kaji maaflah jika ada sesiapa yang terasa aku buat hanya sebagai hiburan .. takde kena mengena dengan sesiapa~ kita semuanya sama :)PEACE 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan